اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ
عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ
Sebelum tibanya kelahiran baginda,
Terdapat alamat dan jua petanda,
Para Anbiya' telahpun bercerita,
Kepada ummat mereka tentang Nabi kita.
Api Majusi yang dijadikan berhala,
Disembah raja dan rakyat jelata,
Lalu terpadamlah dengan tiba-tiba,
Selepas seribu tahun ia menyala.
Meretaklah istana Raja Kisra,
Hati gelisah bertanyakan pendita,
Lalu dijawab itulah tandanya,
Akan lahirlah insan yang termulia.
Kota Makkah dilindungi ALLAH,
Dengan berkat cahaya Rasulullah,
Dari serangan tentera bergajah,
Yang dipimpin oleh Raja Abrahah.
Cahaya Nabi terpancar pada wajah,
Abdul Mutallib ayahnya Abdullah,
Gajah yang putih besar serta gagah,
Melutut taat kekuasaan ALLAH.
Ahlul Kitab menamakan anak mereka,
Dengan Muhammad tapi mati semuanya,
Kerana ALLAH sudahpun memelihara,
Nama mulia kekasih yang tercinta.
Dengan berkat penghulu alam semesta,
Kami berdoa pada Tuhan Yang Esa,
Tewaskan yang batil menangkan yang benar,
Pertemukan kami didepan telaga Kautsar.
Jadikan kami dikalangan Ahli Sunnah,
Cintakan Nabi, zuriatnya dan Sohabah,
Lindungi negara kami dari fitnah,
Fikrah Wahabi dan jua Syiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan