Mahabbah Rasul jadi perlumbaan,
Bagi sekalian makhluk Tuhan,
Tidak kira manusia atau haiwan,
Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan,
Seekor unta datang berlari lari,
Berlutut dan mengucup kaki
Nabi,
Mengalir air matanya menangisi,
Kerana rindu kepada Nabi,
Mengadu domba tentang badan sakit,
Kerja banyak makannya sedikit,
Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj,
Batu yg besar tersangatlah berat,
Ingin menjadi pengikut yang
taat,
Lalu timbullah dan jua terangkat,
Lantas ditahan oleh malaikat,
Maka terapunglah hingga kiamat,
Pelepah tamar yang
sudah kekeringan,
Merintis menangis kerna ditinggalkan,
Hingga tangisannya telah didengarkan,
Kepada para
sahabat yang
beriman,
Lalu baginda turun menenangkan,
Berhentilah menangis berkat usapan,
Bukit uhud kuat bergoncang,
Kerana gembira Nabi di belakang,
Sehinggalah kaki
Baginda menendang,
Barulah berhenti dari bergoyang,
Disaksi oleh Saidina Abu
Bakar,
Dan bakal shahid Uthman dan Umar,
Saidina Thauban kekuningan badan,
Sakit kerana asyik memikirkan,
Apakah dirinya akan dimasukkan,
Ke dalam syurga bersama Rasul junjungan,
Kerna baginya jika berasingan,
Tiada nikmatnya syurga pilihan,
Saidina Jaafar sepupu baginda,
Satu badannya penuh terluka,
Dalam berperang sambil berpuasa,
Shahidlah dia mempertahan Baginda,
Dikurnia
Allah sayap kepadanya,
Berbuka puasa di dalam syurga,
Sesudah merasakan pelbagai nikmat,
Didalam syurga pun masih teringat,
Kepada insan yg bernama
MUHAMMAD,
Yang begitu mengasihi ummat,
Diizin
Allah bersama para malaikat,
Ziarah nabi dibumi yang
berkat,
Ingatlah wahai teman sekalian,
Nabi
Muhammad pernah berpesan,
Seseorang itu akan dibangkitkan,
Bersama siapa yang
paling dicintakan,
Kami berdoa padamu
Allah,
Cintakan kami
kepada Rasulullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan